Ya Rabb...Help us to be generous with kind words and compliments.Teach us never to ignore,never to hurt and never to take each other for granted.Engrave charity and compassion on our hearts.Amin...Assalammualaikum para bloggers dan pelawat-pelawat yg diRahmati Allah.Saya hanya Insan biasa yg banyak kekhilafan.Masih bertatih memperbaiki diri sendiri.Blog ini saya ciptakan sekadar mengingati diri saya sendiri,sebagai inspirasi untuk saya lebih mencintai Allah,mencintai Muhammad SAW Dan mencintai Islam Yg indah ini.Semoga kandungan blog ini memberi manfaat,kesedaran untuk diri saya sendiri khususnya.Dan sesungguhnya,saya hanya ingin berkongsi ilmu Dan kebaikan ... Fiisabilillah ...

Monday, July 9, 2012

Solat Sunat Dhuha Dan Kelebihannya

Allah SWT Berfirman;

"Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka."

(Surah Ad-Dhuha : 1-5 )

Sahabat-sahabat dan Pembaca yg diRahmati Allah..

Seandainya ada kesempatan buatlah solat sunat Dhuha di kala matahari mula meninggi.Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keistimewaannya.Antaranya :

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Panduan Mengerjakan Solat Dhuha

(1) Niat, "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah ta'ala"

(2) Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah As-Syams(
Di Sunat Kan)

Asy Syams (Matahari) 1 - 15:

1. Wasy syamsi wa dhuhaahaa.
1. Demi matahari dan cahayanya,

2. Wal qamari idzaa talaahaa.
2. dan bulan apabila mengiringinya,

3. Wan nahaari idzaa jallaahaa.
3. dan siang apabila menampakkannya.

4. Wal laili idzaa yaghsyaahaa.
4. Dan malam apabila menutupinya.

5. Was samaa-i wa maa banaahaa.
5. Dan langit serta yang membangunnya.

6. Wal ardhi wa maa thahaahaa.
6. Dan bumi serta yang membentangkannya.

7. Wa nafsiw wa maa sawwaahaa.
7. Dan diri serta yang menyempurnakannya.

8. Fa alhamahaa fujuurahaa wa taqwaahaa.
8. Maka Dia mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan)
kejahatannya dan ketaqwaannya.

9. Qad aflaha man zakkaahaa.
9. Sungguh beruntung orang-orang yang mensucikan
dirinya.

10.Wa qad khaaba man dassaahaa.
10.Dan sungguh merugi orang yang mengotorinya.

11.Kadzdzabat tsamuudu bi thaghwaahaa.
11.Tsamud mendustakan (rasul) karena kedurhakaannya.

12.Idzim ba'atsa asyqaahaa.
12.Tatkala bangkit orang yang paling celaka di
antaranya.

13.Fa qaala lahum rasuulullaahi naaqatallaahi wa suqyaahaa.
13.Lalu utusan Allah (Saleh) berkata pada mereka,
(Jagalah) unta Allah dan minumannya.

14.Fa kadzdzabuuhu fa 'aqaruuha fa damdama 'alaihim rabbuhum bi dzambihim fa sawwaahaa.
14.Lalu mereka mendustakannya dan mereka menyembelih
unta itu. Maka Dia membinasakan mereka disebabkan
dosa mereka lalu Dia meratakannya.

15.Wa laa yakhaafu 'uqbaahaa.
15.Dan Dia tidak takut terhadap akibatnya.

(3) Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha(disunatkan)

Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha) 1 - 11:

1. Wadh dhuhaa.
1. Demi waktu dhuha (matahari naik),

2. Wal laili idzaa sajaa.
2. dan malam apabila gelap (sunyi),

3. Ma wadda'aka rabbuka wa maa qalaa.
3. tiadalah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidak (pula)
Dia benci.

4. Walal aakhiratu khairul laka minal uulaa.
4. Dan sesungguhnya yang kemudian itu lebih baik
bagimu daripada permulaan.

5. Wa la saufa yu'thiika rabbuka fa tardhaa.
5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberi kepadamu
(kemenangan) sehingga engkau ridha (senang hati).

6. Alam yajidka yatiiman fa aawaa.
6. Bukankah Dia dapati engkau dalam keadaan yatim,
lalu Dia melindungi.

7. Wa wajadaka dhaallan fa hadaa.
7. Dan dia dapati engkau dalam keadaan tiada tahu
jalan lalu Dia menunjuki.

8. Wa wajadaka 'aa-ilan fa aghnaa.
8. Dan dia dapati engkau dalam keadaan berkekurangan
lalu Dia memberi kecukupan.

9. Fa ammal yatiima fa laa taqhar.
9. Maka adapun terhadap anak yatim, maka janganlah
engkau hinakan.

10.Wa ammas saa-ila fa laa tanhar.
10.Dan terhadap orang yang minta (bertanya) maka
janganlah engkau herdik.

11.Wa ammaa bi ni'mati rabbika fa haddits.
11.Dan adapun nikmat Tuhanmu, maka beritakanlah.

(4) Masa sujud terakhir, disunatkan baca 40x doa ni -

"Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku"

" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang soleh."

Semoga kita beroleh Keberkatan dari amalan-amalan yg kita lakukan.Amin...

No comments: