Ya Rabb...Help us to be generous with kind words and compliments.Teach us never to ignore,never to hurt and never to take each other for granted.Engrave charity and compassion on our hearts.Amin...Assalammualaikum para bloggers dan pelawat-pelawat yg diRahmati Allah.Saya hanya Insan biasa yg banyak kekhilafan.Masih bertatih memperbaiki diri sendiri.Blog ini saya ciptakan sekadar mengingati diri saya sendiri,sebagai inspirasi untuk saya lebih mencintai Allah,mencintai Muhammad SAW Dan mencintai Islam Yg indah ini.Semoga kandungan blog ini memberi manfaat,kesedaran untuk diri saya sendiri khususnya.Dan sesungguhnya,saya hanya ingin berkongsi ilmu Dan kebaikan ... Fiisabilillah ...

Sunday, July 15, 2012

Perceraian

Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah...Pasti trtanya2 kenapa dengan entry kali ini.Menyebutnya saja menimbulkan perasaan gerun.Na'udzubillah...
SMS dr seorg sahabat baik petang td menyentap hati naluri saya.Membaca sepatah Demi sepatah kata2 nya membuat mata ini berkaca-kaca.Dan airmata saya tidak tertahankan lagi bila di akhir katanya menyebut,"dia sudah lafazkan talak masa bertengkar tadi.tak apalah darling (panggilannya pada saya)...semua dah berakhir..."
Sedih teramat sedih hati ini...Mudahnya melafazkan kata yg satu itu.Sekilas saya terbayang wajah anak2 sahabat itu.tidak terlintas kah di hati Si suami itu wajah2 buah hatinya itu ketika menjatuhkan talak pada ibu mereka???Astaghfirullah...Saya segera istighfar sambil mengurut dada.Sakitnya juga dapat saya rasakan.Kenapa?KERANA saya juga pernah melalui fasa perceraian sebelum ini!
Argh...saya brfikir berkali2 utk menulis entry ini.Saya tidak berniat membuka pekung di dada.Kembali pada nawaitu..utk apa saya berkongsi ini.Saya mengharapkan sahabat2 Yg melalui fasa pahit ini muhasabah diri Dan jangan membiarkan diri hanyut dgn ilusi ciptaan syaitan hingga diri hilang pertimbangan Dan kewarasan.Sesungguhnya tiada sesiapa pun di dunia ini yg mahukan perkahwinan berakhir dgn perceraian.

Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19;
" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"

Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud;

" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"

Riwayat Abu Daud dan Hakim

Perceraian merupakan perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah swt. Firman Allah di surah Al Baqarah ayat 229 yang bermaksud;

"Rujuklah mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang ma'ruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik"

Begitu juga Islam melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud;

"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke atasnya bau syurga"

Riwayat : Abu Daud

Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai,tetapi menghalalkan perceraian sekiranya kedua pasangan suami isteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bantuan dan nasihat yang diperlukan, sehingga tiada lagi ruang bagi mengatasi permasalahan mereka untuk berdamai.

Sahabat2 yg diRahmati Allah...
Saya memfailkan perceraian setelah 10 tahun usia perkahwinan pertama.Dikurniakan Allah Swt seorg putera dan ketika perceraian berlaku anak lelaki saya baru berumur 9 tahun.Mengenang nasib putera kesayangan ini meruntun hiba di hati.Saya masih ingat bagaimana anak ini berlari bersembunyi menangis ketakutan setiap kali berlaku pertengkaran.Ya Allah...Saya berusaha mempertahankan perkahwinan itu kerana saya tidak mahu anak lelaki saya membesar tanpa ayahnya.Ternyata saya silap.Syukurlah saya sedar sebelum terlambat.Saya tdk mahu anak saya trauma dengan persekitaran yg negatif dan saya sangat takut anak psiko akibat trauma itu.Saya bangkit dan seminggu sebelum ramadhan 2007 saya memfailkan perceraian.Hari ke 17 syawal berakhirlah perkahwinan itu dengan lafaz talak di depan hakim syariah.Alhamdulilah hak penjagaan anak diberi sepenuhnya pada saya memandangkan bekas suami keturunan cina,dikhuatiri murtad.
Sahabat2 yg diRahmati Allah...saya tidak menangisi apatah Lagi menyesali perceraian itu.Saya yakin segala yg berlaku adalah ketentuan illahi.Saya muhasabah diri.Saya bahkan juga tidak menyalahkan bekas suami 100% atas perpisahan itu.Saya pasti sedikit sebanyak saya juga melakukan kesilapan.Saya tdk berdendam dan sejujurnya saya memaafkan segala perbuatan bekas suami dan saya juga mendoakan kebahagiaan nya ketika berada di Tanah suci.Yg berlalu biarkan berlalu.
Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah...percaya lah tidak semua perceraian itu buruk.Adakala Allah menguji kebijaksanaan kita berdepan ujianNya.Jangan kerana mementingkan perasaan sendiri anak-anak menjadi mangsa.Saya sedih membaca akhbar baru-baru ini.Seorang isteri tampil membongkar kisah suaminya yg gemar melakukan aksi ranjang di ruang tamu rumah dan anak-anak menyaksikan aksi tersebut.Dan Si isteri hanya tampil setelah 7 tahun perbuatan itu berlarutan!Astaghfirullahaladzim...Sukar membayangkan impak negatif terhadap anak-anak tersebut.Di mana akal fikiran yg Dikurniakan kepada kita?Sesungguhnya tiada penawar kepada kebodohan.
Saya juga agak sedih dan terkilan menyaksikan permasalahan suami isteri yg berlaku di persekitaran saya.Ada wanita-wanita yg memilih berlaku curang dengan alasan membalas perbuatan suami.Aduhai wanita...Tahukah hinanya perbuatan itu?Muhasabah diri...Adakala kita lupa menilai diri sendiri.Kita angkuh mengatakan "aku sudah cukup baik","aku tak pernah mengganggu atau merampas kebahagiaan org lain,kenapa org lain merampas kebahagiaanku?!","kenapa tuhan kejam padaku?!"...
Saya sering mendengar kata-kata ini.Percayalah sahabat-sahabat...Jika kita muhasabah diri,kita akan menemui kelemahan-kelemahan itu.Jika masih sayangkan hubungan itu,buka lah hati.Buangkan perasaan ego itu,akui lah kesilapan-kesilapan yg dilakukan tanpa disedari itu dengan hati terbuka.Dan berubahlah sekiranya masih mahu menyelamatkan hubungan itu.Saya percaya,lelaki yg baik apabila melihat perubahan isterinya akan lembut hati.Akan tetapi seandainya sudah terlambat baginya...terimalah,mungkin itu yg terbaik di takdirkan utk kita.
Hormati ibu kepada suami (ibu mertua) sekali pun anda berasakan sering tidak bersependapat.Jangan lah bercerita keburukan ibu mertua pada org lain.Jangan asyik membebel terutama pada suami tentang ibunya.Percayalah sahabat2,suami sangat membenci perkara itu.Jangan lepas tangan dan memberi sepenuhnya tugas rumahtangga spt memasak,mnjaga anak2 dll pada pengasuh.Sesekali suami lebih suka masakan isteri wpun tdk sesedap mana.Sesekali suami jg mghargai jika isteri tolong iron baju2 nya.Dan kurangkanlah aktiviti2 luar rumah seperti lepak bersama kawan2.Sekali skala tak salah.Bila dah kerap,setiap malam keluar jumpa kawan2 tak eloklah.Lebih2 yg bersuami.Akan mengundang perkara2 yg lebih buruk.Lupa diri sudah bersuami.Suami tidak akan bersuara pada anda.Mereka hanya diam krn mereka tahu bila ditegur pasti mengundang pertengkaran.Sudahnya suami bercerita pada sahabat atau lebih buruk mengadu pada kekasih baru!Sanggupkah kita membiarkan orang lain Mengetahui keburukan kita?Ambil wudhu,bersihkan hati dan bermuhasabah lah...Insyaallah segala-galanya akan baik-baik sahaja.
Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah...saya memohon maaf sekiranya entry ini menyinggung perasaan.Sekadar brkongsi sebagai pedoman Dan memperbaiki diri.
Semoga Ada isi dr entry ini yg membawa kpd perubahan.Insyaallah...
Mudah2an Kita Semua DiRahmati olehNya..Amin

No comments: