Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita umat Islam akan menyambut ramadhan.Insyaallah dengan izin Nya saya dan suami akan berangkat ke Mekah mengerjakan umrah kali kedua pertengahan ramadhan ini.Kerinduan yang teramat sangat dirasakan pada Bumi barakah ini menyebabkan saya dan suami mengambil keputusan untuk ke sana lagi.Lebih-lebih di bulan yg penuh rahmat dan keberkatan ini.Teringin rasanya merasa suasana berpuasa di kota mekah.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami sebelum,semasa dan selepas.Amin...
Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit berkaitan kelengkapan dan keperluan yg perlu disediakan sebelum berangkat (berdasarkan pengalaman Pertama Kali Mac lalu).Semoga berguna untuk persediaan sahabat-sahabat yg bakal mengerjakan umrah nanti.
^_^Kelengkapan/Keperluan Yg perlu disediakan sebelum berangkat umrah;
Wanita
1. Pakaian ihram ~ Kalau risau beg berat boleh bawa 1 set Telekung shj.
Pakaian ihram wanita tak cerewet sgt.Pakai jubah Dan tudung labuh pun boleh.Bolehlah bawa 2 pasang jubah.Di mekah boleh beli jubah.Banyak Dan bermacam pilihan.Nak bawa baju kurung pun boleh.2 pasang cukuplah agar tak memberatkan beg pakaian kita.
2. 4 pasang stokin
3. 2 pasang sarung tangan (Tak boleh pakai smasa ihram)
4. Tuala mandi (tak bawa pun boleh sebab hotel di sana pun sediakan tuala)
5. Tuala kecil
6. Baju tidur dan seluar panjang
7. Selendang (boleh dijadikan sejadah atau alas ketika sujud)
8. Selipar
9. Kasut sukan (sekiranya berhasrat mendaki bukit-bukit sejarah seperti jabal nur,jabal rahmah..)
10. Gunting kecil (untuk digunakan ketika bertahalul@bergunting)
11. Potong kuku
12. Salap bibir (cuaca kering buat bibir mengelupas)
13. Berus Gigi Dan ubat Gigi
14. Kamera
15. Beg plastik untuk simpan selipar ketika berada dlm masjid (kalau tinggal kat luar peluang untuk hilang dalam 90%.Jadi lebih baik bawa masuk dalam masjid)
16. Marker pen Dan pita pelekat ( digunakan untuk tulis nama kita kat beg masing2 supaya senang dicari.pita pelekat untuk kotak barang2 shopping)
17. Buku doa,zikir,tasbih
~ Beg sandang/Beg galas (biasanya ada disediakan Oleh Agen anda) jangan lupa beli kunci mangga utk beg pakaian.
~ Barang-barang keperluan lain boleh juga Beli di mekah saja.Banyak kedai runcit sepanjang jalan dari hotel menuju ke masjidil haram.
{ untuk pengetahuan sahabat-sahabat,kedai dobi atau laundry juga ada di Mekah dan Madinah }
No comments:
Post a Comment