السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Kunjungan ke Bumi Barakah Mekah untuk mengerjakan umrah Mac 2012 yang lalu adalah titik permulaan segala-galanya daripada siapa saya SEBELUM ini kepada saya pada hari ini.Alhamdulilah...
Entah kenapa pada mulanya hati ini terasa berat untuk ke sana.Berbagai persoalan bermain di fikiran.Rasa diri tidak bersedia.Saya merasakan demikian kerana diri ini cetek pengetahuan agama.Solat Lima waktu jarang sekali.Apatah lagi bagaimana mungkin saya boleh mengerjakan ibadat umrah.Syaitan sudah berjaya memesongkan saya.
أستغفر الله العظيم banyak dosa ku pada mu Ya Allah..Betapa jahilnya diri ini!
Kerisauan ini saya pendamkan saja dalam hati kerana saya tidak mahu mengecewakan suami yang beria-ia mengajak saya ke mekah.Saya mengambil inisiatif menelaah dan membaca dari Google juga Blog-blog berkaitan.Syukur Alhamdulilah...Terima kasih pada hamba-hamba Allah yg menghasilkan blog-blog sedemikian.Sesungguhnya ilmu yg dikongsikan sangat2 membuka mata dan hati saya dan insyaallah kepada mereka-mereka yg seperti saya.Semoga Allah memberikan hidayahnya kepada mereka.Amin...
Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yg tidak lari daripada melakukan kesilapan dan dosa tetapi perkataan "manusia biasa" itu bukanlah alasan untuk saya membiarkan kesilapan itu.Menjadi orang "Jahat" atau "Baik" adalah dari diri kita sendiri.Tanyalah hati...
“Never have I dealt with anything more difficult than my own soul, which sometimes helps me and sometimes opposes me.” -Imam Al-Ghazali
Saya terpaku saat berdepan Kaabah.Subhanallah...Airmata menitik dan saya menangis mengingatkan segala dosa silam yg saya lakukan.Inikah yg dikatakan taubat?
Apa pun ia,saya bertekad untuk menjadi lebih baik dari masa lalu saya dan Alhamdulilah Allah mempermudahkan segala-galanya.Syukur atas HidayahMu Ya Allah..Saya berniat akan terus menutup aurat sekembalinya ke tanahair dan Alhamdulilah sekali lagi...
Inilah Hijrah saya ke jalan yg diredhai Nya.
~ Hati...Tetaplah di jalan Nya ~
No comments:
Post a Comment