Monday, August 27, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Ramadhan Di Madinah Al Munawarah
Suasana sekitar Masjid Nabawi.Menunggu azan maghrib dan berbuka puasa.Nikmatnya berpuasa di Bumi barakah ini.Juadah dalam gambar adalah sedekah dari orang perseorangan yg bermurah hati.Penduduk madinah gemar bersedekah di masjid Nabawi setiap kali ramadhan tiba.Sementelah,amalan bersedekah jg dituntut dlm Islam.
Wednesday, July 25, 2012
Assalammualaikum..
Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah SWT..
Saya Dan suami baru saja mendarat di KLIA.Esok 27 Julai akan berangkat ke Bumi barakah untuk Mengerjakan umrah.Melalui penerbangan Pakistan Airline,berlepas dr kuala lumpur jam 1 tghari,dijangka transit di Pakistan selama 1 jam dan tiba di kota madinah jam 8.25pm waktu malaysia.waktu madinah baru jam 1 tghari.Agak panjang waktu berpuasa esok nampaknya.Dengan cuaca panas di sana,satu dugaan Buat saya dan suami.Mudah2an Allah mempermudahkan ibadah kami..

Friday, July 20, 2012
Kelebihan Solat Tarawikh Dari Hari Pertama Hingga Hari Ke Tiga Puluh
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah `Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan engampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul `Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Thursday, July 19, 2012
Marhaban Ya Ramadhan
Esok 21 julai 2012 umat islam seluruh Malaysia mula menjalani ibadah puasa.Alhamdulilah ... Diberi peluang sekali lagi oleh Allah SWT menyambut bulan rahmat,membersihkan jiwa dan menghapus segala dosa melalui ibadah-ibadah yg dilakukan sepanjang ramadhan.
Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah SWT,selamat berpuasa Dan mudah-mudahan ibadah kita diterima di sisi Nya.Amin...
Tidak sabar rasanya menanti 27hb julai.Rindu menemui Rasullullah SAW,rindu teramat sangat berada di masjidil haram...terasa hati dekat padaNya bila menatap kaabah.
Ya Rabb...permudahkanlah urusan kami suami isteri.Dengan izinMu jua akan sampai langkahku di Bumi Barakah.€_€

Tuesday, July 17, 2012
Women And Hijab
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Ahzaab 33:59)
@StunningHijab:
Sisters, Ramadan is a great way of start wearing Hijab. How many of you're ready to wear Hijab starting this Ramadan, insha'Allah?
Women are Precious.
Surah Al Fatihah ~ Rumi Dan Terjemahan
1.Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
~> "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
2.Ar-rahmâni r-rahîm
~> "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
3.Mâliki yawmi d-dîn
~> "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
Mâliki yawmi d-dîn
4.Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
~> "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
5.Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"
6.Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn
~> "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
Surah Yassin ~ Rumi Dan Terjemahan
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM
Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
YAA SIIN.
ALLAH s.w.t lebih mengetahui tentangnya.
WAL QUR-AA-NIL HAKIIM.
Demi AL-QURAN yang penuh hikmah.
INNAKA LAMINAL MURSALIIN.
Sesungguhnya kamu (MUHAMMAD) salah seorang dari rasul-rasul.
‘ALAA SIRAATIM MUSTAQIIM.
(yang berada) di atas jalan yang lurus.
TANZIILAL-‘AZIIZIIR RAHIIM.
(AL-QURAN itu) di turunkan oleh (ALLAH s.w.t) yang maha perkasa lagi maha penyayang.
LITUNNZIRA QAUMAM MAA UNNZIRA AABAA UHUM FAHUM GHAAFILUUN.
Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang peringatan itu belum di berikan kepada datuk nenek mereka, maka kerana itu mereka menjadi lalai.
LAQAD HAQQAL QAULU ‘ALAAA AKTSARIHIM FAHUM LAA YU’’ MINUUN.
Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan ALLAH s.w.t) terhadap kebanyakkan mereka, kerana mereka tidak beriman.
INNAA JA-‘ALNAA FII ‘A-NAA QIHIM AGH-LAALAN FAHI YA ILAL AZQAANI FAHUM-MUQMAHUUN.
Sesungguhnya kami telah memasang pada leher mereka belenggu, lalu tangan mereka (diangkat) kepada dagu, maka kerana itu mereka terngadah (terdongak)
WAJA’ALNAA MIM-BAINI AIDIIHIIM SADDAU WAMIN KHALFIHIM SADDAN FA-AGH SYAINAAHUM FAHUM LAA YUBSIRUUN.
Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat (kebenaran)
WASAWAA UN ‘ALAIHIM A-ANN ZARTAHUM AM LAM TUNN-ZIRHUM LAA YU’’ MINUUN.
Dan sama sahaja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan atau tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.
INNAMAA TUNN-ZIRU MANIT TABA-‘AZZIKRA WA KHASYI-YAR RAHMAANA BILGHAIBI FABASY-SYIRHU-BIMAGH FIRATIW WA AJ-RINN KARIIM.
Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada tuhan yang maha pemurah walaupun dia tidak melihat-NYA.Maka berilah mereka khabar gembira dengan keampunan dan pahala yang mulia.
INNAA NAHNU NUHYIL MAUTAA WANAKTUBU MAA QADDAMUU WA-AA-TSAARAHUM WAKULLA SYAIN-IN AHSAINAA HU FII IMAAMIMM MUBIIN.
Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang yang telah mati dan kami menuliskan apa yang telah (mereka) kerjakan dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam kitab induk yang nyata (iaitu Luh Mahfuzh)
WADH-RIB LAHUM MA-TSALAN ASHAABAL QARYATI IZJAAA A-HAL MURSALUUN.
Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, iaitu penduduk suatu negeri ketika datang kepada mereka para utusan.
IZ-ARSALNAA ILAIHI-MUTS NAINI FAKAZ-ZABUU HUMAA FA ‘AZ-ZAZ NAA BITSAA-LI-TSINN FAQAA LUUU INNAAA ILAIKUM MURSALUUN.
(iaitu) ketika kami mengutus kepada mereka dua orang utusan.Lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka (ketiga-tiga utusan itu) berkata : “sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu”.
QAALUU MAA-ANTUM ILLAA BASYARUM MITSLUNAA WAMAA ANNZALAR RAHMAANU MINN SYAI-IN IN ANN-TUM ILLAA TAKZIBUUN.
Mereka (penduduk negeri itu) menjawab: “kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan tidaklah ALLAH yang maha pemurah menurunkan sesuatu pun, sesungguhnya kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka.”
QAALUU RABBUNAA YA’ LAMU INNAAA ILAIKUM LAMURSALUUN.
Mereka (utusan itu) berkata: “Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu”
WAMAA ‘ALAINAAA ILLAL BALAA-GHUL MUBIIN.
Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah ALLAH s.w.t) dengan jelas.”
QAA LUUU IN-NAA TATAY-YARNAA BIKUM LA-IL-LAM TANN-TAHUU LANAR JUMANNAKUM WALAYAMAS-SANNAKUM MINNAA ‘AZAABUN ALIIM.
Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), nescaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti akan mendapat seksa yang pedih dari kami.”
QAALUU TAAA IRUKUM MA ‘AKUM A-IN ZUKKIRTUM BAL ANN-TUM QAUMUM MUSRIFUUN.
Utusan-utusan itu berkata: “Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri.Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu bernasib malang)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas.”
WAJAAA A-MIN AQSAL MADIINATI RAJULUY YAS ‘’AA QAALA YAA QAUMIT TABI-‘UL MURSALIIN.
Dan datanglah dari hujung kota seorang lelaki, dengan bergegas-gegas dia berkata: “Wahai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu.
IT TABI ‘UU MAL-LAA YAS-ALUKUM AJRAU WAHUM MUHTADUUN.
Ikutilah oleh kamu orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
WAMAALIYA LAA A’-BUDUL LAZII FATARANII WA ILAIHI TURJA-‘UUN.
Mengapa aku tidak menyembah (tuhan) yang telah menciptakan dan yang hanya kepada-NYA kamu (semua) akan dikembalikan?
A-AT-TAKHIZU MIN DUUNIHII AA-LIHATAN IY YURIDNIR RAHMAANU BIDHUR-RIL LAA TUGHNI ‘ANNII SYAFAA ‘A-TUHUM SYAI AU WALAA YUNG QIZUUN.
Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain-NYA, jika (ALLAH s.w.t) yang maha pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, nescaya tidak memberi manfaat syafaat mereka sedikit pun bagi diriku dan tidak (pula) dapat menyelamatkanku?
INN-NII IZAL LAFII DHALAA LIMM MUBIN.
Sesungguhnya aku (jika demikian) pasti berada dalam kesesatan yang nyata.
INN-NII AA-MANNTU BIRABBIKUM FASMA ‘UUN.
Sesungguhnya aku telah beriman kepada tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan) ku.”
QIILAD KHULIL JAN-NATA QAALA YAA LAITA QAUMII YA’LAMUUN.
Dikatakan (kepadanya): “Masuklah kamu kedalam syurga.” Dia berkata: “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui.
BIMAA GHAFARALII RABBII WAJA ‘A-LANII MINAL MUKRAMIIN.
Apa yang menyebabkan keampunan bagiku oleh Tuhanku dan menjadikan aku termasuk di kalangan orang-orang yang di muliakan.
WAMAAA ANN ZALNAA ‘ALAA QAUMIHII MIMBA’ DIHII MINN JUNDIMM MINAS-SAMAA-I WAMAA KUN-NAA MUNNZILIIN.
Dan kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (meninggal) suatu pasukan (tentera) pun di langit dan tidak layak bagi kami menurunkannya.
INN KAANAT ILLAA SAIHATAU WAAHIDATANN FA-IZAAHUM KHAA-MIDUUN.
Tidak ada (seksaan) ke atas mereka selain daripada teriakan yang sekali sahaja, maka tiba-tiba mereka semuanya mati.
YAA HASRATAN ‘ALAL ‘IBAADI MAAYA’’ TIIHIM MIR-RASUULIN IL-LAA KAANU BIHII YASTAH-ZI UUN.
Alangkah besarnya penyesalan terhadap hamba-hamba (yang mendustakan rasul) itu, tiada datang kepada mereka seorang rasul pun melainkan mereka selalu memperolok-olokannya.
ALAM YARAU KAM AHLAKNAA QABLAHUM MINALQURUUNI AN-NA-HUM ILAIHIM LAA YARJI ‘UUN.
Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak yang telah kami binasakan mereka, (iaitu) umat-umat sebelum mereka, bahawasanya orang-orang (yang telah kami binasakan) itu tiada kembali kepada mereka.
WA-INN KUL-LUL-LAMM-MAA JAMII ‘UL LADAINAA MUH-DHARUUN.
Dan setiap mereka semuanya akan dikumpulkan, kepada kami (mereka) dihadirkan.
WA AA-YATUL LAHUMUL AR-DHUL MAI-TATU AHYAI-NAAHAA WA-AKH-RAJNAA MINHAA HABBANN FAMINHU YA” KULUUN.
Dan suatu tanda (kekuasaan ALLAH s.w.t yang besar) bagi mereka adalah bumi yang mati.Kami hidupkan (bumi itu) dan kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan.
WAJA-‘ALNAA FIIHAA JAN-NAATIM MIN-NAKHII LIW-WA A’-NAABIW WAFAJ-JARNAA FIIHAAA MINAL ‘U-YUUN.
Dan kami jadikan padanya kebun-kebun (terdiri) daripada kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air.
LIYA” KULUU MIN TSAMARIHII WAMAA ‘AMILAT-HU AIDIIHIIM AFALAA YASY-KURUUN.
Supaya mereka dapat makan buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?
SUBHAANAL LAZII KHALAQAL AZ-WAAJA KULLAHAA MIMMAA TUMM-BITUL AR-DHU WAMIN AMFUSIHIM WA MIM-MAA LAA YA’-LAMUUN.
Maha suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
WA AA-YATUL LAHUMUL LAYLU NASLA-KHU MIN HUN NAHAARA FA-IZAA HUM MUZH LIMUUN.
Dan suatu tanda (kekuasaan ALLAH s.w.t yang besar) bagi mereka adalah malam. Kami tanggalkan daripada (malam itu) siang, maka dengan serta-merta mereka berada dalam kegelapan.
WASY SYAMSU TAJRII LIMUS TAQARRIL LAHAA ZAALIKA TAQDIIRUL ‘AZII-ZIL ‘ALIIM.
Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha perkasa lagi maha mengetahui.
WAL QAMARA QAD DARNAAHU MANAA-ZILA HATTAA ‘AA-DAKAL ‘URJUUNIL QADIIM.
Dan telah kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah ia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah ia sebagai bentuk tandan yang kuat.
LASY-SYAMSU YAMM-BAGHII LAHAA AN TUDRIKAL QAMARA WALAL-LAY-LU SAABIQUN NAHAARI WAKUL-LUUN FII FALAKIY YASHBAHUUN.
Tidaklah mungkin bagi matahari itu mudah mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.
WA AA-YATUL LAHUM AN-NAA HAMALNAA ZUR-RIY-YATAHUM FIL FULKIL MASY-HUUN.
Dan suatu tanda (kebesaran ALLAH s.w.t yang besar) bagi mereka adalah bahawa kami angkat keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.
WA KHALAQ NAA LAHUM MIMM-MITS LIHII MAA YARKABUUN.
Dan kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kenderai seperti bahtera itu.
WA INN-NASYA” NUGH-RIQ-HUM FALAA SARII-KHA LAHUM WALAAHUM YUNN-QAZUUN.
Dan jika kami menghendaki, nescaya kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
IL-LAA RAHMATAM MIN-NAA WAMATAA ‘AN I-LAA HIIN.
Melainkan (kami selamatkan mereka) kerana rahmat (yang besar) dari kami dan untuk memberi kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika (ajal)
WA IZAA QII-LA LAHUMUT TAQUU MAA-BAYNA AY-DIIKUM WAMAA KHAL-FAKUM LA ‘AL-LAKUM TURHAMUUN.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “takutlah kamu (akan seksa) yang di hadapanmu (iaitu sengsara di dunia) dan seksa yang akan datang (azab akhirat) supaya kamu mendapat rahmat,” (tetapi nescaya mereka berpaling)
WAMAA TA” TIIHIM MIN AA-YATIM MIN AA-YAATI RABBIHIM IL-LAA KAANUU ‘ANHAA MU’-RIDHIIN.
Dan sekali-kali tiada datang kepada mereka suatu tanda (dari tanda-tanda kekuasaan) tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya.
WA IZAA QILLA LAHUM ANN-FIQUU MIMMAA RAZAQA KUMUL-LAA HU QAALAL LAZIINA KAFARUU LIL-LAZII NA-AA MANUUU ANUT-‘IMU MALLAU YA-SYAAA-UL LAA-HU AT-‘AMAHUUU IN ANNTUM IL-LAA FII DHALAALIMM MUBIN.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “nafkahkanlah sebahagian dari rezeki yang di berikan ALLAH s.w.t kepadamu” maka orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman “Apakah kami akan memberi makan (orang yang) jika (ALLAH s.w.t) menghendaki tentulah ALLAH s.w.t akan memberinya makan, sesungguhnya tiadalah kamu melainkan kesesatan yang nyata.”
WAYAQUU-LUUNA MATAA HAAZAL WA’DU INN-KUNNTUM SAADIQIIN.
Dan mereka berkata: “Bilakah (terjadinya) janji ini (hari berbangkit) jika kamu adalah orang-orang yang benar?”
MAA YANN ZHURUUNA ILLAA SAIHATAW WAAHIDATANN TA” KHUZUHUM WAHUM YA-KHIS-SIMUUN.
Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakkan sahaja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar.
FALAA YASTATII-‘UUNA TAW-SIYATAW WALAA ILLAAA AH-LIHIM YARJI-‘UUN.
Lalu mereka tidak kuasa membuat satu wasiat pun tidak (pula) dapat kembali kepada keluarganya.
WANUFI-KHA FIS-SUURI FA-IZAA HUM MINAL AJ-DAA-TSII-LAA RABBIHIM YANN-SILUUN.
Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar daripada kubur mereka (menuju) kepada tuhan mereka dengan segera.
QAALUU YAA WAYLANAA MAMM-BA-‘A-TSANAA MIM-MARQADINAA HAAZA MAA WA-‘ADAR RAHMAANU WASADAQAL MURSALUUN.
Mereka berkata : “Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?” Inilah yang di janjikan (tuhan) yang maha pemurah dan benarlah rasul-rasul (NYA)
INN KAANAT ILLAA SAIHATAW WAAHIDATANN FA-I-ZAA HUM JAMI ‘UL LADAI-NAA MUH-DHARUUN.
Sesungguhnya tidaklah (teriakkan itu) melainkan hanya sekali teriakan sahaja, maka tiba-tiba mereka semua dikumpulkan, dihadirkan kepada sisi kami.
FALYAW MA LAA TUZH-LAMU NAFSUN SYAI-AW WALAA TUJZAU-NA IL-LAA MAA KUNN-TUM TA’ MALUUN.
Maka pada hari itu tidaklah seseorang akan dirugikan (dizalimi) sedikit pun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.
INN-NA AS-HAABAL JAN-NATIL YAWMA FI SYU-GHULINN FAA KIHUUN.
Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu dalam (syurga) bersenang-senang dalam kesibukan (mereka).
HUM WA-AZ WAAJUHUM FII ZHILAALIN ‘ALAL A-RAAA IKI MUT-TAKI-UUN.
Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas sofa-sofa.
LAHUM FIIHAA FAAKIHATUW WALA HUM-MAA YADDA-‘UUN.
(Di syurga itu) mereka memperoleh buah-buahan dan apa yang mereka inginkan akan di perolehi.
SALAAMUNN QAULAMM-MIR RAB-BIR RAHIIM.
(Kepada mereka dikatakan): “Salam” sebagai ucapan selamat daripada tuhan yang maha penyayang.
WAMTAAZUL YAUMA AY-YUHAL MUJRIMUUN.
Dan (dikatakan kepada orang kafir): “Berpisah kamu (dari orang mukmin) pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat.”
ALAM A’-AHAD I-LAYKUM YAABANII AA-DAMA AL-LAA TA’-BUDUSY-SYAITAANA IN-NAHUU LAKUM ‘A-DUW WUMM-MUBIIN.
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai bani adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya (syaitan itu) bagi kamu adalah musuh yang nyata.
WA A-NI’ BUDUUNII HAZAA SIRAATUM MUSTAQIIM.
Dan hendaklah kamu menyembah aku.Inilah jalan yang lurus.
WALAQAD A-DHALLA MINN-KUM JIBILLANN KA-TSIIRAN AFALAM TAKUU-NUU TA’QILUUN.
Dan sesungguhnya (syaitan itu) telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu.Maka apakah kamu tidak memikirkan?
HAAZIHII JAHAN-NAMUL-LATII KUNNTUM TUU ‘ADUUN.
Inilah (neraka) Jahannam yang dahulu kamu diancam (dengannya)
IS-LAWHAL YAWMA BIMAA KUNNTUM TAKFURRUN.
Masuklah ke dalamnya pada hari ini disebabkan kamu dahulu mengingkarinya.
AL-YAW MA-NAKH-TIMU ‘A-LAAA AFWAA HIHIM WATUKALLIMUNAAA AY-DIIHIIM WATASY-HADU AR-JULUHUM BIMAA KAANUU YAKSIBUUN.
Pada hari ini kami metrikan (tutup) ke atas mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.
WALAU NASYAAA-U LATAMASNAA ‘A-LAAA A’-YUNIHIM FAS-TABAQUS SIRAATA FA-AN-NAA YUBSIRUUN.
Dan jikalau kami menghendaki pastilah kami hapuskan penglihatan atas mata mereka; lalu mereka berlumba-lumba (mencari) jalan.Maka betapakah mereka dapat melihat (NYA)
WALAU NASYAAA-U LAMASAKH-NAAHUM ‘ALAA MAKAANATIHIM FAMAS TATAA-‘UU MU-DHIY-YAW WALAA YARJI-‘UUN.
Dan jikalau kami menghendaki pastilah kami ubah mereka dari tempat mereka berada; maka mereka tidak sanggup lagi berjalan (pergi) dan tidak (pula sanggup) kembali.
WAMANN NU-‘AM-MIRHU NUNAK-KISHU FIL KHALQI AFALAA YA’-QILUUN.
Dan sesiapa yang kami panjangkan umurnya, nescaya kami kembalikan dia kepada kejadia (NYA). Maka apakah mereka tidak memikirkan?
WAMAA ‘AL-LAMNAA HUSY-SYI’-RAA WAMAA YAMM-BA-GHII LAHUU INHUWA ILLAA ZIKRUW WAQUR-AA-NUMM MUBIIN.
Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (MUHAMMAD s.a.w) dan (bersyair itu) tidaklah layak baginya. Sesungguhnya tidak (AL-QURAN itu) selain dan peringatan (pelajaran), dan AL-QURAN (kitab) yang memberi (penerangan) yang jelas.
LIYUNN-ZIRA MANN KAANA HAY-YAW WAYA-HIQQAL QAULU ‘ALAL KAAFIRIIN.
Supaya dia (MUHAMMAD s.a.w) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir.
AWALAM YARAW ANN-NAA KHALAQNAA LAHUM MIMMAA ‘A-MILAT AI-DIINAAA AN-‘AA-MANN FAHUM LAHAA MAA-LIKUUN.
Dan apakah mereka tidak melihat bahwa sesungguhnya kami telah menciptakan untuk mereka dengan tangan (kekuasaan) kami binatang ternak, lalu mereka menguasainya?
WAZALLAL NAAHAA LAHUM FAMINHAA RAKUU-BUHUM WAMINHAA YA” KULUUN.
Dan kami tundukkan (binatang-binatang itu) untuk mereka, maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan.
WALAHUM FIIHAA MANAA-FI-‘U WAMA-SYAARIBU AFALAA YASY-KURUUN.
Dan mereka memperoleh padanya manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?
WATTA-KHAZUU MIN DUUNIL-LAAHI AA-LIHATAL LA-‘AL-LAHUM YUNN-SARUUN.
Mereka mengambil selain daripada ALLAH s.w.t sembahan-sembahan, agar mereka mendapat pertolongan (darinya)
LAAYASTATII-‘UUNA NAS-RAHUM WAHUM LAHUM JUNDUM-MUH-DHARUUN.
Sembahan-sembahan itu tiada kuasa menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentera yang dihadirkan (untuk menjaga mereka)
FALAA YAH-ZUNN-KA QAULUHUM. IN-NAA NA’-LAMU MAA YUSIR-RUU NA WAMAA YU’-LINUUN.
Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu.Bahawa sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.
AWALAM YARAL INN-SAANU AN-NAA KHALAQNAA HU MIN NUTFATIN FA-I-ZAA HUWA KHASII-MUM-MUBIIN.
Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata.
WA-DHARABA LANAA MA-TSALAW WANASIYA KHALQA-HUU QAALA MAY-YUHYIL ‘I-ZHAA-MA WAHIYA RAMIIM.
Dan dia membuat perumpamaan bagi kami, dan dia lupa kepada kejadiannya; dia berkata: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?”
QUL YUHYII HAL-LAZIII ANN-SYA-A-HAAA AW-WALA MARRA-TIW WAHUWA BIKULLI KHALQIN ‘A-LIIM.
Katakanlah: “Ia akan dihidupkan oleh tuhan yang menciptakannya pada awalnya.Dan Dia maha mengetahui tentang segala makhluk.
AL-LAZII JA-‘A-LA LAKUM MINASY SYAJARIL AKH-DHARI NAARAN FA I-ZAAA ANN-TUM MINHU TUU-QIDUUN.
Iaitu tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu.”
AWALAY SALLA-ZI KHALAQAS-SAMAA WAATI WAL AR-DHA BI QAA-DIRIN ‘A-LAA AY-YAKH-LUQA MITS-LAHUM BALAA WAHUWAL KHAL-LAAQUL ‘A-LIIM.
Dan tidakkah tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Bahkan (benar dia berkuasa) dan dialah maha pencipta lagi maha mengetahui.
INN-NAMAAA AMRUHUUU I-ZAAA A-RAADA SYAI-AN AY-YAQUULA LAHUU KUNN FAYAKUUN.
Sesungguhnya keadaan-NYA apabila DIA menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : “JADILAH !” maka terjadilah ia.
FASUB-HAA NAL LAZII BIYADIHII MALAKUU-TU KULLI SYAI-INW-WA I-LAY-HI TURJA ‘UUN.
Maka maha suci (ALLAH s.w.t) yang di tangan-NYA kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-NYAlah kamu akan dikembalikan.
Monday, July 16, 2012
Sunday, July 15, 2012
Perceraian
Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah...Pasti trtanya2 kenapa dengan entry kali ini.Menyebutnya saja menimbulkan perasaan gerun.Na'udzubillah...
SMS dr seorg sahabat baik petang td menyentap hati naluri saya.Membaca sepatah Demi sepatah kata2 nya membuat mata ini berkaca-kaca.Dan airmata saya tidak tertahankan lagi bila di akhir katanya menyebut,"dia sudah lafazkan talak masa bertengkar tadi.tak apalah darling (panggilannya pada saya)...semua dah berakhir..."
Sedih teramat sedih hati ini...Mudahnya melafazkan kata yg satu itu.Sekilas saya terbayang wajah anak2 sahabat itu.tidak terlintas kah di hati Si suami itu wajah2 buah hatinya itu ketika menjatuhkan talak pada ibu mereka???Astaghfirullah...Saya segera istighfar sambil mengurut dada.Sakitnya juga dapat saya rasakan.Kenapa?KERANA saya juga pernah melalui fasa perceraian sebelum ini!
Argh...saya brfikir berkali2 utk menulis entry ini.Saya tidak berniat membuka pekung di dada.Kembali pada nawaitu..utk apa saya berkongsi ini.Saya mengharapkan sahabat2 Yg melalui fasa pahit ini muhasabah diri Dan jangan membiarkan diri hanyut dgn ilusi ciptaan syaitan hingga diri hilang pertimbangan Dan kewarasan.Sesungguhnya tiada sesiapa pun di dunia ini yg mahukan perkahwinan berakhir dgn perceraian.
Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19;
" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"
Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud;
" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"
Riwayat Abu Daud dan Hakim
Perceraian merupakan perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah swt. Firman Allah di surah Al Baqarah ayat 229 yang bermaksud;
"Rujuklah mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang ma'ruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik"
Begitu juga Islam melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud;
"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke atasnya bau syurga"
Riwayat : Abu Daud
Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai,tetapi menghalalkan perceraian sekiranya kedua pasangan suami isteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bantuan dan nasihat yang diperlukan, sehingga tiada lagi ruang bagi mengatasi permasalahan mereka untuk berdamai.
Sahabat2 yg diRahmati Allah...
Saya memfailkan perceraian setelah 10 tahun usia perkahwinan pertama.Dikurniakan Allah Swt seorg putera dan ketika perceraian berlaku anak lelaki saya baru berumur 9 tahun.Mengenang nasib putera kesayangan ini meruntun hiba di hati.Saya masih ingat bagaimana anak ini berlari bersembunyi menangis ketakutan setiap kali berlaku pertengkaran.Ya Allah...Saya berusaha mempertahankan perkahwinan itu kerana saya tidak mahu anak lelaki saya membesar tanpa ayahnya.Ternyata saya silap.Syukurlah saya sedar sebelum terlambat.Saya tdk mahu anak saya trauma dengan persekitaran yg negatif dan saya sangat takut anak psiko akibat trauma itu.Saya bangkit dan seminggu sebelum ramadhan 2007 saya memfailkan perceraian.Hari ke 17 syawal berakhirlah perkahwinan itu dengan lafaz talak di depan hakim syariah.Alhamdulilah hak penjagaan anak diberi sepenuhnya pada saya memandangkan bekas suami keturunan cina,dikhuatiri murtad.
Sahabat2 yg diRahmati Allah...saya tidak menangisi apatah Lagi menyesali perceraian itu.Saya yakin segala yg berlaku adalah ketentuan illahi.Saya muhasabah diri.Saya bahkan juga tidak menyalahkan bekas suami 100% atas perpisahan itu.Saya pasti sedikit sebanyak saya juga melakukan kesilapan.Saya tdk berdendam dan sejujurnya saya memaafkan segala perbuatan bekas suami dan saya juga mendoakan kebahagiaan nya ketika berada di Tanah suci.Yg berlalu biarkan berlalu.
Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah...percaya lah tidak semua perceraian itu buruk.Adakala Allah menguji kebijaksanaan kita berdepan ujianNya.Jangan kerana mementingkan perasaan sendiri anak-anak menjadi mangsa.Saya sedih membaca akhbar baru-baru ini.Seorang isteri tampil membongkar kisah suaminya yg gemar melakukan aksi ranjang di ruang tamu rumah dan anak-anak menyaksikan aksi tersebut.Dan Si isteri hanya tampil setelah 7 tahun perbuatan itu berlarutan!Astaghfirullahaladzim...Sukar membayangkan impak negatif terhadap anak-anak tersebut.Di mana akal fikiran yg Dikurniakan kepada kita?Sesungguhnya tiada penawar kepada kebodohan.
Saya juga agak sedih dan terkilan menyaksikan permasalahan suami isteri yg berlaku di persekitaran saya.Ada wanita-wanita yg memilih berlaku curang dengan alasan membalas perbuatan suami.Aduhai wanita...Tahukah hinanya perbuatan itu?Muhasabah diri...Adakala kita lupa menilai diri sendiri.Kita angkuh mengatakan "aku sudah cukup baik","aku tak pernah mengganggu atau merampas kebahagiaan org lain,kenapa org lain merampas kebahagiaanku?!","kenapa tuhan kejam padaku?!"...
Saya sering mendengar kata-kata ini.Percayalah sahabat-sahabat...Jika kita muhasabah diri,kita akan menemui kelemahan-kelemahan itu.Jika masih sayangkan hubungan itu,buka lah hati.Buangkan perasaan ego itu,akui lah kesilapan-kesilapan yg dilakukan tanpa disedari itu dengan hati terbuka.Dan berubahlah sekiranya masih mahu menyelamatkan hubungan itu.Saya percaya,lelaki yg baik apabila melihat perubahan isterinya akan lembut hati.Akan tetapi seandainya sudah terlambat baginya...terimalah,mungkin itu yg terbaik di takdirkan utk kita.
Hormati ibu kepada suami (ibu mertua) sekali pun anda berasakan sering tidak bersependapat.Jangan lah bercerita keburukan ibu mertua pada org lain.Jangan asyik membebel terutama pada suami tentang ibunya.Percayalah sahabat2,suami sangat membenci perkara itu.Jangan lepas tangan dan memberi sepenuhnya tugas rumahtangga spt memasak,mnjaga anak2 dll pada pengasuh.Sesekali suami lebih suka masakan isteri wpun tdk sesedap mana.Sesekali suami jg mghargai jika isteri tolong iron baju2 nya.Dan kurangkanlah aktiviti2 luar rumah seperti lepak bersama kawan2.Sekali skala tak salah.Bila dah kerap,setiap malam keluar jumpa kawan2 tak eloklah.Lebih2 yg bersuami.Akan mengundang perkara2 yg lebih buruk.Lupa diri sudah bersuami.Suami tidak akan bersuara pada anda.Mereka hanya diam krn mereka tahu bila ditegur pasti mengundang pertengkaran.Sudahnya suami bercerita pada sahabat atau lebih buruk mengadu pada kekasih baru!Sanggupkah kita membiarkan orang lain Mengetahui keburukan kita?Ambil wudhu,bersihkan hati dan bermuhasabah lah...Insyaallah segala-galanya akan baik-baik sahaja.
Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah...saya memohon maaf sekiranya entry ini menyinggung perasaan.Sekadar brkongsi sebagai pedoman Dan memperbaiki diri.
Semoga Ada isi dr entry ini yg membawa kpd perubahan.Insyaallah...
Mudah2an Kita Semua DiRahmati olehNya..Amin

Great Man
Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).
Rasulullah bersabda;
Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-yang-soleh/#ixzz20gy6qEfG

We Need To Teach ...
We Need To Teach Our Daughters To Distinguish Between;
A man who flatters her
And a man who compliments her
A man who spend money on her
And a man who invests in her
A man who views her as property
And a man who views her properly
A man who lusts after her
And a man who loves her
A man who believes he's a gift to women
And a man who believes she's a gift to him
AND THEN WE NEED TO TEACH OUR SONS TO BE THAT KIND OF MAN

Wanita Di Sisi Islam
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Nabi Shalallahu ‘alaihiwassalam ditanya:’Siapakah wanita yang paling baik?’ Beliau menjawab:
‘(Sebaik-baik wanita) adalah yang menyenangkan (suami)-nya jika ia melihatnya, mentaati (suami)-nya jika ia memerintahnya dan ia tidak menyelisihi (suami)-nya dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya.’”
(HR. Ahmad, al Hakim, an Nasa’i dan ath Thobrani dan di Shohihkan oleh al Albani).
Beberapa Keistimewaan Wanita Yang Di Anugerahkan Allah SWT ;
#Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
#Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak sholeh. Wanita Solehah Lebih baik dari 70 laki-laki soleh
#Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut akan Allah.Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
#Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam syurga)
#Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
#Syurga itu di bawah telapak kaki ibu;
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
#Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
#Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
#Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
#Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
#Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
#Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.
#Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
#Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarah (penebus) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca; “Alhamdulillahi ’alaa kulli haalin wa astaghfirullaah”.
~> Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”, maka Allah menetapkan dia bebas dari api neraka dan dengan mudah melalui shirathal mustaqim yang aman dari seksa,bahkan Allah SWT mengangkat darjatnya, seperti darjat 40 orang yang mati syahid,apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
#Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
#Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
#Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
#Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan memberikan kabar gembira bahwa syurga adalah balasannya.
#Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 20 orang hamba sahaya.
# “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan memandikan anaknya, Allah akan memberikan pahala kebaikan sebanyak helai rambut mereka dan menghapus sebanyak itu pula dosa-dosanya dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
#Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohonkan ampun untuknya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat.
#Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang,akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat.
#Wanita yang melayani dengan baik kepada suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
#Jika suami mengajarkan isterinya satu hal akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
#Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
#Semua orang akan dipanggil untuk melihat Wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
#Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, seseorang datang kepada Rasulullah saw lalu berkata , “Siapakah orang yang paling berhak untuk saya temani dan saya layani?”, Rasulullah menjawab, “Ibumu”, laki-laki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” , Rasulullah menjawab, “Ibumu”, laki-laki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” , Rasulullah menjawab, “Ibumu”, laki-laki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” , Rasulullah menjawab, “ayahmu”.
#Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah..
Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah...betapa istimewanya kita sebagai wanita di sisi Allah.Apakah lagi anugerah dan pertolongan Nya yg hendak kita pertikaikan??
Bersyukurlah wahai kaum hawa, sesungguhnya Islam sangat memuliakan wanita & memberkati (menghargai & menghormati) nya, bahkan satu surah dalam Al-Qur'an dinamakan surah An-Nisa',bukti Islam memuliakan wanita...
...Semoga Bermanfaat..
Wallahu a'lam bisshowab....

Thursday, July 12, 2012
Jumaat Yang Berkat
“The best of your days is Friday. On that day Adam (A.S.) was created; on that day he died; on that day the Trumpet will be blown."
Dont forget to read surah Al-kahf.Whoever reads it the day
of Jumaat, will have a light that will
shine from Him from 1 Friday 2 the
next.
Dont forget to read surah Al-kahf.Whoever reads it the day
of Jumaat, will have a light that will
shine from Him from 1 Friday 2 the
next.
Sentiasalah Bersyukur
Syukuri Nikmat yg Allah kurniakan.Andai kita merasa perit terbeban masalah,fikir-fikirkan ada lagi insan-insan di luar sana yg lebih menderita berjuang untuk terus hidup.
A Great Gift We Can Give To Others is DOA
"When we pray,Allah hears more than we say, He answers more than we ask, He gives more than we imagine, but..
in His own time, in His own way."
Mulianya Wanita Bergelar Ibu
"Dan apabila mata IBUmu sudah tertutup..Maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah SWT iaitu DOA SEORANG IBU..."
Masyaallah...
Masyaallah...
Wednesday, July 11, 2012
I Need Allah
You knock, He opens. You attend, He welcomes. You ask, He gives. You sin, He tests, You repent, He forgives. You sin again. He forgives again. You cry, He listens. Everything you do, is about you; and everything He does, is about you. “So which of Allah’s favours will you deny?”
[Quran Surah Al-Rahman 55:13]
[Quran Surah Al-Rahman 55:13]
Persediaan Umrah ~ Kelengkapan Dan Keperluan
Assalammualaikum...
Kelengkapan/Keperluan Yg perlu disediakan sebelum berangkat umrah;
Wanita
1. Pakaian ihram ~ Kalau risau beg berat boleh bawa 1 set Telekung shj.
Pakaian ihram wanita tak cerewet sgt.Pakai jubah Dan tudung labuh pun boleh.Bolehlah bawa 2 pasang jubah.Di mekah boleh beli jubah.Banyak Dan bermacam pilihan.Nak bawa baju kurung pun boleh.2 pasang cukuplah agar tak memberatkan beg pakaian kita.
2. 4 pasang stokin
3. 2 pasang sarung tangan (Tak boleh pakai smasa ihram)
4. Tuala mandi (tak bawa pun boleh sebab hotel di sana pun sediakan tuala)
5. Tuala kecil
6. Baju tidur dan seluar panjang
7. Selendang (boleh dijadikan sejadah atau alas ketika sujud)
8. Selipar
9. Kasut sukan (sekiranya berhasrat mendaki bukit-bukit sejarah seperti jabal nur,jabal rahmah..)
10. Gunting kecil (untuk digunakan ketika bertahalul@bergunting)
11. Potong kuku
12. Salap bibir (cuaca kering buat bibir mengelupas)
13. Berus Gigi Dan ubat Gigi
14. Kamera
15. Beg plastik untuk simpan selipar ketika berada dlm masjid (kalau tinggal kat luar peluang untuk hilang dalam 90%.Jadi lebih baik bawa masuk dalam masjid)
16. Marker pen Dan pita pelekat ( digunakan untuk tulis nama kita kat beg masing2 supaya senang dicari.pita pelekat untuk kotak barang2 shopping)
17. Buku doa,zikir,tasbih
~ Beg sandang/Beg galas (biasanya ada disediakan Oleh Agen anda) jangan lupa beli kunci mangga utk beg pakaian.
~ Barang-barang keperluan lain boleh juga Beli di mekah saja.Banyak kedai runcit sepanjang jalan dari hotel menuju ke masjidil haram.
{ untuk pengetahuan sahabat-sahabat,kedai dobi atau laundry juga ada di Mekah dan Madinah }
Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita umat Islam akan menyambut ramadhan.Insyaallah dengan izin Nya saya dan suami akan berangkat ke Mekah mengerjakan umrah kali kedua pertengahan ramadhan ini.Kerinduan yang teramat sangat dirasakan pada Bumi barakah ini menyebabkan saya dan suami mengambil keputusan untuk ke sana lagi.Lebih-lebih di bulan yg penuh rahmat dan keberkatan ini.Teringin rasanya merasa suasana berpuasa di kota mekah.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami sebelum,semasa dan selepas.Amin...
Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit berkaitan kelengkapan dan keperluan yg perlu disediakan sebelum berangkat (berdasarkan pengalaman Pertama Kali Mac lalu).Semoga berguna untuk persediaan sahabat-sahabat yg bakal mengerjakan umrah nanti.
^_^Kelengkapan/Keperluan Yg perlu disediakan sebelum berangkat umrah;
Wanita
1. Pakaian ihram ~ Kalau risau beg berat boleh bawa 1 set Telekung shj.
Pakaian ihram wanita tak cerewet sgt.Pakai jubah Dan tudung labuh pun boleh.Bolehlah bawa 2 pasang jubah.Di mekah boleh beli jubah.Banyak Dan bermacam pilihan.Nak bawa baju kurung pun boleh.2 pasang cukuplah agar tak memberatkan beg pakaian kita.
2. 4 pasang stokin
3. 2 pasang sarung tangan (Tak boleh pakai smasa ihram)
4. Tuala mandi (tak bawa pun boleh sebab hotel di sana pun sediakan tuala)
5. Tuala kecil
6. Baju tidur dan seluar panjang
7. Selendang (boleh dijadikan sejadah atau alas ketika sujud)
8. Selipar
9. Kasut sukan (sekiranya berhasrat mendaki bukit-bukit sejarah seperti jabal nur,jabal rahmah..)
10. Gunting kecil (untuk digunakan ketika bertahalul@bergunting)
11. Potong kuku
12. Salap bibir (cuaca kering buat bibir mengelupas)
13. Berus Gigi Dan ubat Gigi
14. Kamera
15. Beg plastik untuk simpan selipar ketika berada dlm masjid (kalau tinggal kat luar peluang untuk hilang dalam 90%.Jadi lebih baik bawa masuk dalam masjid)
16. Marker pen Dan pita pelekat ( digunakan untuk tulis nama kita kat beg masing2 supaya senang dicari.pita pelekat untuk kotak barang2 shopping)
17. Buku doa,zikir,tasbih
~ Beg sandang/Beg galas (biasanya ada disediakan Oleh Agen anda) jangan lupa beli kunci mangga utk beg pakaian.
~ Barang-barang keperluan lain boleh juga Beli di mekah saja.Banyak kedai runcit sepanjang jalan dari hotel menuju ke masjidil haram.
{ untuk pengetahuan sahabat-sahabat,kedai dobi atau laundry juga ada di Mekah dan Madinah }
Tuesday, July 10, 2012
Think Before You Hurt Others
@StunningHijab:
"Be Careful Of The Silence Of Someone You Have Hurt. Because If He Or She Didn't Do Or Say Anything In Return Allah Swt Surely Will..."
"Be Careful Of The Silence Of Someone You Have Hurt. Because If He Or She Didn't Do Or Say Anything In Return Allah Swt Surely Will..."
Sadaqah
@StunningHijab:
“An act of sadaqah (charity) is like perfume; It benefits the user, the buyer, and the seller.”
“An act of sadaqah (charity) is like perfume; It benefits the user, the buyer, and the seller.”
Sentiasalah Bersyukur
Airmata menitis melihat gambar ini.Hamba Allah ini tetap tidak meninggalkan solatnya.Tetapi kita manusia yg cukup sempurna sifatnya ini pula kadang kala alpa dan leka dengan kewajipan.Astagfirullahaladzim...
Saya mendoakan semoga Allah menerima amalan hambanya ini.Limpahkan lah RahmatMu padanya Ya Tuhanku yg Maha pengasih.Permudahkanlah urusannya.
Amin...
Saya mendoakan semoga Allah menerima amalan hambanya ini.Limpahkan lah RahmatMu padanya Ya Tuhanku yg Maha pengasih.Permudahkanlah urusannya.
Amin...
Ramadhan Al Mubarak Menjelang Tiba
Kurang 10 hari saja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan yg mulia.Insyaallah ..
"Allahumma Salimni ila ramadhan..wasallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan..
Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan ramadhan ke depan..Dan pertemukan untuk bulan ramadhan ..Dan terimalah seluruh amal kami di bulan ramadhan.."

Subscribe to:
Posts (Atom)